Video kanak-kanak menari dan menyanyi & Pengenalan dan Ulangkaji Microsoft Powerpoint
18 September 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 17 September 2017 telah diadakan pembelajaran Multimedia Video kanak-kanak menari dan menyanyi Serta Pengenalan dan Ulangkaji Microsoft Powerpoint. Kelas ini bermula dari jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Pada kali ini, kelas disertai oleh adik-adik tahun 1 dan tahun 2.
Sebelum bermula Kelas adik-adik behibur terlebih dahulu dengan video menari dan menyanyi iaitu “baby shark”. Setelah selesai, adik-adik mula mempelajari subjek baru iaitu Pengenalan dan Ulangkaji Microsoft Powerpoint. Adik-adik telah diberi penerangan mengenai kegunaan Microsoft powerpoint, cara-cara membuka powerpoint, cara-cara memilih design slide persembahan dan memilih layout. Di samping itu juga, adik-adik diberi latihan untuk mebuat slide persembahan mengenai diri mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: